Wednesday 12 December 2012

Latihan Pengukuhan



ARAHAN:






Tuliskan "Rukun" atau "Bukan Rukun" pada pernyataan di bawah.


1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul ihram.                                 ....................

2.  Membaca bacaan ketika iktidal.                                                     ....................

3.  Berdiri betul.                                                                                  ..................... 
4. Membaca Surah Al-Fatihah.                                                           .....................    
5. Memberi salam pertama.                                                                .....................                        

 

Sunday 9 December 2012

Rukun Fi'li

 












Rukun qolbi

Dalam solat atau sembahyang itu ada berbagai jenis rukun. Ada rukun fi'li atau perbuatan. Ada rukun qauli atau lafaz dan bacaan. Ada rukun qalbi atau hati.

Rukun fi'li termasuklah qiam atau berdiri tegak, ruku, sujud, duduk antara 2 sujud da duduk tahiyyat akhir. Rukun qauli pula termasuklah melafazkan takbiratul ihram, bacaan surah Alfatihah, bacaan tahiyyat akhir dan salam. Rukun qalbi atau hati pula ialah niat.

Namun demikian, 'kerja' hati di dalam solat tidaklah terhenti setakat niat sahaja. Kerja hati dalam solat adalah banyak dan umunya lebih rumit dan lebih berat dari anggota kerja jawarih dan lidah. Termasuk
kerja hati ialah tawadhuk, khusyuk dan khuduk walaupun ia tidak termasuk dalam rukun solat.

Tawadhuk ialah merendahkan diri, merendahkan hati atau merendahkan 'sayap' ke hadrat Allah Taala yang disembah. Merasakan diri kecil dan kerdil di hadapan Allah. Merasakan diri hamba yang sebenar-benarnya tanpa ada rasa 'tuan' di dalam hati. Supaya di dalam solat itu hanya ada 2 entiti. Satu ialah Tuhan yang disembah, dipuja dan diagungkan. Kedua ialah hamba yang hina-dina yang menyembah, yang memuja dan mengagungkan Tuhan dan bukan tuan, bukan raja, bukan sultan, bukan Tun, bukan Tan Sri dan sebagainya.

Khusyuk ialah rasa-rasa yang timbul di hati semasa solat. Orang yang khusyuk di dalam solat ialah orang yang mengalami dan merasakan berbagai-bagai rasa hasil dari penghayatan dan penjiwaan apa-apa yang dilafaz dan dibacanya. Rasa-rasa ini boleh jadi rasa-rasa bertuhan seperti merasakan bahawa Allah itu Maha Hebat, Maha Pemurah, Maha Pengampun, Maha Berkuasa, Maha Perkasa, Maha Mengetahui dan sebagainya atau rasa-rasa kehambaan seperti rasa bimbang, takut, cemas dan gerun terhadap Allah, bergantung harap, rasa cinta , rasa bersalah dan berdosa, rasa hina di sisis Allah dan sebagainya.

Rukun solat


Rukun Solat adalah perkara yang sebahagian daripada solat dan bergantung kepadanya sah solat itu. Solat secara amnya mempunyai tiga belas rukun yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu rukun qalbifi'li dan qauli.

Isi kandungan

  [sorokkan

Kategori rukun

  • Rukun qalbi (ﻗﻠﺒﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻠﺐ - qalb bermaksud hati) adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
  • Rukun fi'li (ﻓﻌﻠﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻓﻌﻞ - fi'l bermaksud perlakuan) adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan. Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
  • Rukun qauli (ﻗﻮﻟﻲ - iaitu berasal daripada perkataan ﻗﻮﻝ - qaul bermaksud kata-kata) adalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.
No.RukunKategoriNo.RukunKategori
1NiatQalbi8Duduk antara dua sujudFi'li
2Berdiri betulFi'li9Duduk tahiyat AkhirFi'li
3Takbiratul ihramQauli10Bacaan tahiyat akhirQauli
4Membaca al-FatihahQauli11Selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhirQauli
5RukukFi'li12SalamQauli
6I'tidalFi'li13TertibQalbi
7SujudFi'li

Rukun-rukun ]Niat 

Niat dalam solat merupakan rukun qalbi tetapi turut termasuk dalam rukun fi'li (lihat Takbiratul ihram). Niat solat mempunyai tiga bahagian yang disyaratkan dalam solat fardhu tetapi hanya dua sahaja bagi solat sunat manakala untuk solat sunat mutlak (tiada sebab dan bila-bila masa), hanya satu daripadanya disyaratkan.

Bahagian niat mempunyai tiga bahagian iaitu:
  1. Qasad (ﻗﺼﺪ) - Sengaja mengerjakan solat
  2. Ta'arudh (ﺗﻌﺮﺽ) - Meniatkan solat fardhu atau sunat
  3. Ta'yiin (ﺗﻌﻴﻴﻦ) - Meniatkan jenis waktu solat
Untuk melihat bahagian-bahagian yang diaplikasikan dalam niat solat, berikut adalah contoh:
Solat fardhu:

ﺍﺼﻠﻰ ﻓﺮﺽ ﺍﻟﻈﻬﺮ ﺃﺩﺍﺀ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﻠﻰ
(selaras dengan prinsip) fardhu Zuhur tunai kerana Allah Ta'ala
NiatMaknaBahagian
ﺍﺼﻠﻰselaras dengan prinsipQasad
ﻓﺮﺽFardhuTa'arudh
ﺍﻟﻈﻬﺮZuhurTa'yiin

Solat sunat:

ﺍﺼﻠﻰ ﺳﻨﺔ ﺍﻟﻀﺤﻰ ﺭﻛﻌﺘﻴﻦ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﻠﻰ
Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
NiatMaknaBahagian
ﺍﺼﻠﻰSahaja aku solatQasad
ﺍﻟﻀﺤﻰDhuhaTa'yiin

Solat sunat mutlak:

ﺍﺼﻠﻰ ﺳﻨﺔ ﺭﻛﻌﺘﻴﻦ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﻠﻰ
Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
NiatMaknaBahagian
ﺍﺼﻠﻰSahaja aku solatQasad

Berdiri betul

Berdiri betul atau berdiri tegak adalah diwajibkan dalam solat bagi mereka yang berupaya untuk beridiri tegak. Bagi yang tidak upaya, rukhsah atau kelonggaran diberikan untuk mereka sama ada untuk solat dalam keadaan duduk (hanya jika tidak mampu berdiri), mengiring pada rusuk kanan sambil mengadap kiblat (hanya jika tidak mampu berdiri dan duduk), atau jika tidak mampu berdiri, duduk mahupun mengiring, orang yang ingin mengerjakan solat itu dibenarkan baring menelentang dengan kaki dan perut dihalakan ke kiblat.
Syarat bagi rukun ini hendaklah ditegakkan tulang belakangnya dan tidak bleh bongkok ke depan atau ke belakang (jika mampu).

Takbiratul ihram

Takbiratul ihram (ﺗﻜﺒﻴﺮﺓ ﺍﻹﺣﺮﺍﻡ) ialah perbuatan yang menyempadani solat dengan perlakuan di luar solat. Takbiratul ihram menandakan bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun terakhir iaitu salam nanti. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana sebutan takbir iaitu Allahu Akbar (الله أكبر) adalah wajib bagi mereka yang boleh menuturkannya. Bagi mereka yang tidak boleh menuturkannya ataupun tidak dapat mempelajarinya, dia diharuskan untuk menyebutnya dengan terjemahan dalam bahasa yang lain. Rukun ini diwajibkan untuk disertai dengan niatnya dan disunatkan untuk mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras bahu. Muqaranah (ﻣﻘﺎﺭﻧﻪ) atau penyertaan niat takbiratul ihram mempunyai dua bahagian iaitu:
  • Muqaranah Urfiyyah ( ﻣﻘﺎﺭﻧﻪ ﻋﺭﻓﻴﻪ ) - Menyertai niat kepada sebahagian daripada takbiratul ihram iaitu berniat ketika mula ataupun akhir bahagian takbiratul ihram
  • Muqaranah Haqiqah ( ﻣﻘﺎﺭﻧﻪ ﺣﻘﻴﻘﺔ ) - Menyertai niat kepada keseluruhan takbiratul ihram iaitu berniat dari mula sehingga akhir takbiratul ihram

Bagi kebanyakan orang awam, adalah lebih mudah mengerjakan muqaranah urfiyyah kerana muqaranah haqiqah mudah dihinggapi rasa syak atau was-was kerana penyertaan niat mengambil masa keseluruhan takbiratul ihram itu. Adalah disunatkan untuk membaca doa iftitah atau tawajjuh selepas takbiratul ihram.
Di namakan Takbiratul Ihram kerana dengan melakukannya, kita mengharamkan ke atas diri kita perlakuan yang akan membatalkan solat. Sebagai contoh, pada kebiasaannya bercakap sesama manusia adalah halal. Akan tetapi, bercakap dalam solat akan membatalkan solat. Maka,apabila kita membuat Takbiratul Ihram sebagai tanda memulakan solat, bercakap adalah satu halangan untuk kita selagi mana kita masih mengerjakan solat. Seperti dalam Haji, apabila kita memakai Ihram, kita diharamkan melakukan beberapa perkara yang pada kebiasaannya adalah halal bagi kita.

Membaca Surah al-Fatihah

Dalam solat, Surah Al-Fatihah merupakan satu-satunya surah yang diwajibkan. Surah ini wajib dibaca pada setiap rakaat dan bacaannya hendaklah tertib mengikut susunan ayat yang betul dan hendaklah dijaga tajwidnya. Bacaan basmalah diwajibkan kerana ayat itu juga sebahagian daripada surah berbanding isti'azah yang tidak diwajibkan.
Setiap ayat surah ini wajib dibaca secara berturutan dan tidak diselangi oleh apa-apa perbuatan ataupun ayat yang lain mahupun diam yang agak lama yang cukup untuk memutuskan bacaan al-Fatihah itu.
Bagi mereka yang tidak tahu atau tidak berupaya untuk membacanya dengan sempurna kerana baru memeluk agama Islam, maka hendaklah dia membaca tujub ayat Quran yang berturutan atau tujuh ayat yang tidak berturutan (atau berasingan) yang tidak kurang bilangan huruf dalam al-Fatihah. Jika masih tidak mampu membaca mana-mana ayat Quran, dia dikehendaki membaca zikiryang sama bilangan hurufnya dengan huruf Fatihah. Jika masih tidak mampu, hendaklah sekadar diam pada jarak masa bacaan Fatihah itu sendiri.
Bilangan ayat dalam surah al-Fatihah ialah tujuh ayat yang kesemuanya mempunyai dua puluh lima perkataan bersama bilangan huruf sebanyak 156 huruf. Maka, zikir yang diriwayatkan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. digunakan bagi menggantikan bacaan untuk orang yang tidak berupaya atau tidak tahu membaca ayat Quran.

ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﷲ − ﻭﺍﻟﺤﻤﺪ ﷲ − ﻭﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲ − ﻭﺍﷲ ﺃﻛﺒﺮ − ﻭﻻﺣﻭﻻ ﻭﻻ ﻗﻮﺓ ﺇﻻ ﺑﺎﷲ − ﻣﺎﺷﺎﺀ ﺍﷲ ﻛﺎﻥ − ﻭﻣﺎﻟﻢ ﻳﺸﺎﺀ ﻟﻢ ﻳﻜﻦ Subhanallah - Walhamdulillah - Wa la ilaha illallah - Wallahu akbar - Wa la haula wala quwata illa billah - Ma sya Allahu kana - Wa maa lam yashaa u lam yakun

Ayat tersebut hendaklah dibaca dua kali untuk menyamai bilangan huruf surah al-Fatihah.

Rukuk

Perbuatan rukuk adalah membongkok ke hadapan dengan sekurang-kurangnya hingga tapak tangannya mencapai ke lutut. Rukuk yang sempurna ialah menyamakan belakangnya dan tengkuknya pada satu garis lurus dan meluruskan kakinya (iaitu betis dan peha) dan memegang kedua lututnya dengan menjarangkan antara jari-jari tangan. Bagi mereka yang solat secara duduk, memadai rukuk itu dengan membongkok ke hadapan hingga dahinya selari dengan kepala lututnya. Untuk lebih sempurna bagi solat duduk, rukuknya adalah membongkok ke hadapan hingga dahinya selari dengan tempat sujud.
Rukuk adalah salah satu rukun yang disertakan dengan tama'ninah. Tama'ninah dalam rukuk adalah dalam keadaan tetap semua anggota badannya hingga cukup masa untuk membezakan perlakuan membongkok dan bangun daripadanya.

I'tidal

I'tidal adalah kembali daripada keadaan rukuk kepada berdiri tegak iaitu keadaan asal ketika solat. Jika keadaan asalnya ialah duduk menegak, maka hendaklah orang itu kembali duduk menegak. Tama'ninah turut disertakan dalam perbuatan i'tidal. Maka, untuk melengkapkan i'tidal, hendaklah tama'ninah dengan menetapkan anggota badan pada keadaan sebelum rukuk dalam masa yang cukup untuk membezakan keadaan selepas bangun dari rukuk sebelum turun untuk sujud.

Sujud


Sujud
Sujud adalah satu perbuatan yang amat menunjukkan kerendahan diri manusia terutama di dalam solat. Setiap rakaat (atau satu rukuk) adalah diwajibkan dengan dua kali sujud.
Sujud adalah memadai dengan sekurang-kurangnya bersentuhan dahi dengan tempat solat. Lebih elok atau lengkap lagi, hendaklah ketujuh-tujuh anggota sujud kena atau bersentuhan dengan tempat solat iaitu dahi, dua tapak tangan (setiap muka tapak tangan dan jari-jarinya), dua lutut dan dua tapak kakinya (iaitu muka hujung jari-jari kakinya). Wajib menekan sedikit dahi di tempat sujud untuk lebih tetap keadannya. Keadaan yang sempurna untuk turun bersujud adalah dengan meletakkan kedua-dua lutut dahulu dan diikuti dengan tapak tangan lalu dahi ditetapkan di tempat sujud.
Adalah sunat untuk menghalakan kesemua jari ke arah kiblat Bagi lelaki, disunatkan juga meregangkan kedua lutut dan dua tapak kaki, menjarakkan perut daripada peha dan menjauhkan sedikit siku daripada rusuk. Bagi perempuan pula, sunat untuk merapatkan kedua-dua lutut dan kaki, merapatkan perut dengan peha dan siku ke rusuk.
Wajib tama'ninah pada sujud iaitu tetap seluruh anggota badan dalam keadaan sujud untuk satu jangka masa yang cukup untuk membezakan perbuatan turun dan naik daripada sujud. Sujud itu tidak sah jika sujud di atas tempat yang boleh bergerak jika orang itu bergerak seperti tilam.

Duduk antara dua sujud

Duduk antara dua sujud adalah perlakuan yang memisahkan antara dua kali sujud. Tidak sesuai untuk terus berdiri sebelum sujud semula, maka keadaan duduk adalah logik. Adalah sunat untuk duduk iftirasy (iaitu duduk di atas tapak kaki kiri serta menegakkan (atau berdirikan) tapak kaki kanan. Sunat juga meletakkan dua tangan berhampiran lutut serta menjarakkan setiap jari tetapi tidak mengapa untuk meletakkan jari di atas lutut. Perlakuan duduk antara dua sujud ini menjadi makruh jika terlalu lama kerana ia memisahkan perlakuan kedua-dua sujud. Walau bagaimanapun, tama'ninah turut disertakan bagi rukun ini.

Duduk Tahiyat Akhir

Duduk ketika membaca tahiyat akhir adalah jelas bahawa tahiyat akhir hendaklah dibaca ketika keadaan duduk, bukan berdiri. Disunatkan duduk secara tawaruk iaitu duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Keadaan ini berterusan ketika membaca selawat dan salam.Membaca tahiyat akhir.
Rukun ini dinamakan tahiyyat (penghormatan) atau tasyahud (penyaksian) kerana bacaan yang dilafazkan terdiri daripada keduanya. Berikut adalah bacaan bersama bahagian tahiyat. Bacaan tersebut hendaklah disambung dengan bacaan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
BacaanSebutanMakna
Penghormatan dan kesejahteraanﺃﻟﺘﺤﻴﺎﺕ ﺍﻟﻤﺒﺎﺭﻛﺎﺕ ﺍﻟﺼﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻄﻴﺒﺎﺕ ﷲAt-tahiyyatul mubarakatus solawatut toyyibatu lulillahSegala kehormatan, keberkahan, shalawat, dan kebaikan adalah milik Allah
ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺒﻲ ﻭﺭﺣﻤﺔ ﷲ ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪAs-salamu 'alaika ayyuhannabiyu warahmatullahi wabarakatuhSemoga keselamatan bersama engkau wahai Nabi, dan juga rahmat Allah dan barakahnya
ﺍﻟﺴﻼﻡ ﻋﻠﻴﻨﺎ ﻭﻋﻠﻰ ﻋﺒﺎﺩ ﺍﷲ ﺍﻟﺼﺎﻟﺤﻴﻦAs-salamu 'alaina wa 'ala 'ibadillahis solihinSemoga keselamatan menyertai kami dan sekalian hamba-hamba Allah yang saleh.
Penyaksian (Syahadah)ﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﷲAsyhadu anl laa ilaaha ilallahAku bersumpah/bersaksi bahawa tiada tuhan (atau sembahan) selain Allah
ﻭﺃﺷﻬﺪ ﺃﻥ ﻣﺤﻤﺪﺍ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﷲWa asyhadu anna Muhammadar rasulullahDan aku bersumpah/bersaksi bahawa Muhammad pesuruh Allah

Selawat kepada nabi dalam tahiyat akhir

BacaanSebutanMakna
Selawat kepada nabi
Muhammad dan keluarga
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪAllahumma salli 'ala MuhammadYa Allah, berikanlah selawat kepada Muhammad
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪWa'ala aali MuhammadDan kepada keluarga Muhammad
ﻛﻤﺎ ﺻﻠﻴﺖ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢKama solaita 'ala IbrahimSebagaimana Engkau memberikan selawat kepada Ibrahim
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢWa'ala aali IbrahimDan kepada keluarga Ibrahim
Keberkatan kepada nabi
Muhammad dan keluarga
ﻭﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪWa baarik 'ala MuhammadYa Dan Engkau berikanlah keberkatan kepada Muhammad
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪWa'ala aali MuhammadDan kepada keluarga Muhammad
ﻛﻤﺎ ﺑﺎﺭﻛﺘﺎ ﻋﻠﻰ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢKama barakta 'ala IbrahimSebagaimana Engkau memberikan keberkatan kepada Ibrahim
ﻭﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦWa'ala aali Ibrahim fil 'alaminDan kepada keluarga Ibrahim dalam dunia ini
Penutup
(Pujian bagi Allah)
ﺇﻧﻚ ﺣﻤﻴﺪ ﻣﺠﻴﺪInnaka hamiidum majiidSesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi

Salam

Ucapan atau lafaz salam adalah sebahagian daripada rukun solat. Sekurang-kurangnya, lafaz salam itu ialah assalamualaikum (السلام عليكم)"- "sejahtera kepada kamu semua") tetapi untuk lebih sempurna, ucapannya ialah assalamualaikum warahmatullah (السلام علبكم ورحمة الله) - "sejahtera kepada kamu semua dan semoga dirahmati Tuhan"). Adalah disunatkan untuk memberi salam sebanyak dua kali dan sunat juga untuk menoleh ke kanan dahulu bagi salam yang pertama dan ke kiri bagi salam yang kedua. Turut disunatkan juga kedua-dua salam itu tidak disekalikan iaitu ada pengasingan antara kedua-duanya.

Tertib

Tertib adalah rukun yang merangkumi keseluruhan rukun solat iaitu memastikan segala perlakuan rukun berada pada turutan yang betul satu demi satu dan yang mana dahulu didahulukan serta yang kemudian dilakukan kemudian, jika tidak solat itu akan terbatal.
Nota: Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu, mengkemudiankan yang kemudian

Rahsia rukun solat

Pecahan dari rukun solat

Kiraan rukun-rukun solat satu hari satu malam bagi solat fardhu

  KIRAAN RUKUN-RUKUN SOLAT SATU HARI SATU MALAM BAGI SOLAT FARDHU.

.
*17 rakaat
* 34 sujud
*94 takbir
* 9 tahiyyat
*10 salam
*153 tasbih
                                           

Friday 7 December 2012

PERMAINAN MONOPOLI SOLAT

Semua peserta melontar buah dadu secara bergilir. Sesiapa yang mendapat bilangan terbanyak akan memulakan permainan.

Sewaktu bermain, sekiranya ada pemain yang berhenti dipetak meninggalkan rukun solat
(merah), maka pemain tersebuT dikehendaki turun ke petak MULA.Ini kerana pemain tersebut telah meninggalkan rukun solat, solat tidak sah dan perlu diulang semula.

Sekiranya pemain berhenti dipetak meninggalkan perkara sunat (hijau)maka pemain 
tersebut boleh meneruskan permainannya. Ini kerana, sekiranyA pemain meninggalkan perkara sunat,solat masih lagi sah dan bolehditeruskan.

Sekiranya berhenti dipetak KEPUTUSAN, pemain tersebut hendaklah mengambil kad keputusan dan menjawab soalan yang diberikan.Pemain yang berjaya menjawab soalan akan diberikan “Hadiah Misteri".

Pemain yang berjaya ke petak akhir dikira sebagaipemenang / memonopoli atau menguasai solat.

Boleh dimain lebih daripada seorang.

Guru sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang tidak dapat bermain dengan baik.

Murid mula bermain hingga tamat.