Friday 7 December 2012

PERMAINAN MONOPOLI SOLAT

Semua peserta melontar buah dadu secara bergilir. Sesiapa yang mendapat bilangan terbanyak akan memulakan permainan.

Sewaktu bermain, sekiranya ada pemain yang berhenti dipetak meninggalkan rukun solat
(merah), maka pemain tersebuT dikehendaki turun ke petak MULA.Ini kerana pemain tersebut telah meninggalkan rukun solat, solat tidak sah dan perlu diulang semula.

Sekiranya pemain berhenti dipetak meninggalkan perkara sunat (hijau)maka pemain 
tersebut boleh meneruskan permainannya. Ini kerana, sekiranyA pemain meninggalkan perkara sunat,solat masih lagi sah dan bolehditeruskan.

Sekiranya berhenti dipetak KEPUTUSAN, pemain tersebut hendaklah mengambil kad keputusan dan menjawab soalan yang diberikan.Pemain yang berjaya menjawab soalan akan diberikan “Hadiah Misteri".

Pemain yang berjaya ke petak akhir dikira sebagaipemenang / memonopoli atau menguasai solat.

Boleh dimain lebih daripada seorang.

Guru sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang tidak dapat bermain dengan baik.

Murid mula bermain hingga tamat.

3 comments:

  1. Menarik permainan monopoli solat.Sesuai untuk bahan pengajaran di dalam kelas dan menarik minat murid dalam aktivit Pendidikan Agama Islam.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mizaf..permainan yang menarik untuk pembelajaran yang berkesan.

    ReplyDelete